Friday, March 12, 2010

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA



Warga SKTM (1) mengucapkan selamat bercuti kepada murid-murid dan juga guru-guru.


Tarikh Cuti : 13 - 21 Mac 2010


SELAMAT BERCUTI

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

SKTM (1) telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah pada hari Jumaat bersamaan 12 Mac 2010 dengan tema Memantap Ukhwah Memperkasa Ummah. Sambutan pada kali ini dimulakan dengan selawat dan juga perarakan yang sertai oleh murid-murid dan juga guru-guru SKTM (1) pada pukul 8:00 pagi.





Monday, March 8, 2010

MINGGU BAHASA INGGERIS

Pada hari Isnin bersamaan 8 Mac 2010 Minggu Bahasa Inggeris dilancarkan dan telah dirasmikan oleh Puan Habibah bt Yahya iaitu Penolong Kanan T&K SKTM (1). Majlis perasmian Minggu Bahasa Inggeris ini pengerusikan oleh Encik Abdul Halil Shaik Dawood. Majlis ini diserikan lagi dengan persembahan bercerita dan nyanyian koir oleh murid-murid. Pelbagai aktiviti telah disusun sepanjang minggu ini seperti Story Telling, Speling, Word Search dan Dictation. Tema Minggu Bahasa Inggeris untuk tahun ini adalah English Empowers!



SEKITAR MAJLIS PERASMIAN MINGGU BAHASA INGGERIS 2010




Saturday, March 6, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22

TARIKH : 6 MAC 2010
MASA : 9:00 PAGI
TEMPAT : DEWAN TERBUKA, SKTM (1)

SK Taman Midah (1) telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-22 pada hari Sabtu (6 Mac 2010) yang diadakan di Dewan Terbuka SKTM (1). Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG SKTM (1) sendiri iaitu Tn. Hj. Dr Sallehuddin bin Abu Bakar. Mesyuarat pada kali ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Redzuan bin Azhar dan ucaptama yang telah disampaikan oleh Puan Kamilah binti Idris, Guru Besar SKTM (1) selaku Penasihat kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKTM (1). Antara agenda mesyuarat kali ini adalah membincangkan minit mesyuarat yang lepas, perbentangan perbelanjaan, perlantikan AJK untuk sesi 2010 dan membincangkan usul. Tn. Hj. Dr. Sallehuddin juga berjaya mengekalkan jawatan beliau sebagai Yang Dipertua PIBG SKTM (1) untuk sesi 2010 ini.

AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2010


SEKITAR MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22
Pendaftaran ibu bapa yang datang



Pencatat minit mesyuarat



Ucapan dari Puan Kamilah bt Idris



Antara ibu bapa yang hadir