Saturday, March 6, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22

TARIKH : 6 MAC 2010
MASA : 9:00 PAGI
TEMPAT : DEWAN TERBUKA, SKTM (1)

SK Taman Midah (1) telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-22 pada hari Sabtu (6 Mac 2010) yang diadakan di Dewan Terbuka SKTM (1). Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG SKTM (1) sendiri iaitu Tn. Hj. Dr Sallehuddin bin Abu Bakar. Mesyuarat pada kali ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Redzuan bin Azhar dan ucaptama yang telah disampaikan oleh Puan Kamilah binti Idris, Guru Besar SKTM (1) selaku Penasihat kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKTM (1). Antara agenda mesyuarat kali ini adalah membincangkan minit mesyuarat yang lepas, perbentangan perbelanjaan, perlantikan AJK untuk sesi 2010 dan membincangkan usul. Tn. Hj. Dr. Sallehuddin juga berjaya mengekalkan jawatan beliau sebagai Yang Dipertua PIBG SKTM (1) untuk sesi 2010 ini.

AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2010


SEKITAR MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22
Pendaftaran ibu bapa yang datang



Pencatat minit mesyuarat



Ucapan dari Puan Kamilah bt Idris



Antara ibu bapa yang hadir

0 Comments: