Friday, April 1, 2011

Mesyuarat PIBG SK Taman Midah kali ke-23

Tarikh : 26 Mac 2011
Hari : Sabtu
Jam : 8:30 pagi
Tempat : Dewan Harmoni, SK Taman Midah

Mesyuarat PIBG SK Taman Midah pada tahun ini telah berlangsung dengan jayanya. Pelbagai usul telah dibentangkan dan telah dijawab oleh pihak Yang Di-Pertua PIBG SK Taman Midah iaitu Dr. Hj. Sallehuddin bin Abu Bakar. Kedatangan pihak ibu bapa juga agak memuaskan walaupun mesyuarat kali ini diadakan pada hari Sabtu. Pada mesyuarat ini juga, ahli jawatankuasa ibu bapa yang baru untuk sesi 2011/2012 telah dilantik melalui undian manakala ahli jawatankuasa guru telah diumumkan oleh Puan Hjh. Kamilah bt Idris selaku Guru Besar SK Taman Midah. Berikut adalah ahli jawatankuasa 2011/2012 yang telah dibentuk:

Yang Di-Pertua
DR. HJ. SALLEHUDDIN BIN ABU BAKAR

Naib Yang Di-Pertua
EN. MARZUKI BIN HASHIM

Setiausaha
CIK SHAHRUL MALIHAH BT ALANG AHMAD

Naib Setiausaha
PN. SITI NORAIDA BT ABD GHANI

Bendahari
EN BAKRI BIN IBRAHIM

Naib Bendahari
EN. MUHAMMAD REDZUAN MUHD AZHAR

Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa
EN KAMARUL ARIFFIN BIN KHALIF
EN RAJA SAGAR A/L KRISHNASAMY
EN. JOHARI BIN ISHAK
PN. NORLIZA BT LALIS
EN. HISHAM BIN ISHAK
EN. AHMAD ISMAIL
PN. FAUZIAH BT MUSA
 
Ahli Jawatankuasa Guru
EN. ZULKIFLI EMBONG
EN MOHD HELMI BIN MOHD TAIB
EN. MOHD AWADIE BIN ZAKARIA
PN. ROHAYA BT KASSIM
PN. SURINDER KAUR CHEEMA
PN. NORA BT YAHYA









Friday, March 12, 2010

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA



Warga SKTM (1) mengucapkan selamat bercuti kepada murid-murid dan juga guru-guru.


Tarikh Cuti : 13 - 21 Mac 2010


SELAMAT BERCUTI

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

SKTM (1) telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah pada hari Jumaat bersamaan 12 Mac 2010 dengan tema Memantap Ukhwah Memperkasa Ummah. Sambutan pada kali ini dimulakan dengan selawat dan juga perarakan yang sertai oleh murid-murid dan juga guru-guru SKTM (1) pada pukul 8:00 pagi.





Monday, March 8, 2010

MINGGU BAHASA INGGERIS

Pada hari Isnin bersamaan 8 Mac 2010 Minggu Bahasa Inggeris dilancarkan dan telah dirasmikan oleh Puan Habibah bt Yahya iaitu Penolong Kanan T&K SKTM (1). Majlis perasmian Minggu Bahasa Inggeris ini pengerusikan oleh Encik Abdul Halil Shaik Dawood. Majlis ini diserikan lagi dengan persembahan bercerita dan nyanyian koir oleh murid-murid. Pelbagai aktiviti telah disusun sepanjang minggu ini seperti Story Telling, Speling, Word Search dan Dictation. Tema Minggu Bahasa Inggeris untuk tahun ini adalah English Empowers!



SEKITAR MAJLIS PERASMIAN MINGGU BAHASA INGGERIS 2010




Saturday, March 6, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22

TARIKH : 6 MAC 2010
MASA : 9:00 PAGI
TEMPAT : DEWAN TERBUKA, SKTM (1)

SK Taman Midah (1) telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-22 pada hari Sabtu (6 Mac 2010) yang diadakan di Dewan Terbuka SKTM (1). Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG SKTM (1) sendiri iaitu Tn. Hj. Dr Sallehuddin bin Abu Bakar. Mesyuarat pada kali ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Redzuan bin Azhar dan ucaptama yang telah disampaikan oleh Puan Kamilah binti Idris, Guru Besar SKTM (1) selaku Penasihat kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKTM (1). Antara agenda mesyuarat kali ini adalah membincangkan minit mesyuarat yang lepas, perbentangan perbelanjaan, perlantikan AJK untuk sesi 2010 dan membincangkan usul. Tn. Hj. Dr. Sallehuddin juga berjaya mengekalkan jawatan beliau sebagai Yang Dipertua PIBG SKTM (1) untuk sesi 2010 ini.

AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2010


SEKITAR MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22
Pendaftaran ibu bapa yang datang



Pencatat minit mesyuarat



Ucapan dari Puan Kamilah bt Idris



Antara ibu bapa yang hadir